BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 16, 2009

Majlis kesyukuran Bersama Menteri Besar Di Kg Changkat Ibol Perak.

Jumaat.15.5.2009.Kampung Changkat Ibol.

Sempena kemenangan Rakyat.kampung Changkat ibol telah mengadakan Majlis Kesyukuran selepas berjaya mempertahankan kemenangan pakatan rakyat pada pilihanraya kecil P059 yang lalu.

Majlis ini bermula pada pukul 7.00 pg lagi dengan bergotong- royong,kaum muslimin menyiang daging lembu dan memasak,kaum muslimat pula menyediakan bahan-bahan masakan untuk dimasak.Walaupun pagi itu hujan orang kg turun hadir berkerjasama, inilah yang kita mahukan hidup bermasyarakat.

Jamuan bermula selepas Solat Jumaat,hampir 2000 orang yang hadir pada jamuan tersebut.Bagi menyerikan lagi majlis itu,Jemputan Khas yang istimewa sekali ialah kehadiran Menteri Besar Perak Dato Seri.Ir Muhammad Nizar Jamaludin bersama isterinya yang tercinta.Dan beliau juga ahli Parlimen Bukit Gantang.Turut hadir juga Adun Kuala Sepetang.

Menteri Besar bersalaman dan bermesra dengan orang kg yang hadir pada majlis tersebut,Beliau diberi peluang memberi ucapan kepada tetamu yang hadir.Antara petikan ucapan beliau " Saya mengucapkan setinggi perhargaan dan terima kasih atas jemputan tuan puan sekalian yang menjemput saya hadir pada majlis kesyukuran ini."dan beliau juga berpesan agar teruskan perjuangan menegakkan kebenaran,Takbir ALLAHUAKBAR...

Majlis bersurai.....:)

"Tegakkan Kebenaran "

0 comments: